Search This Blog

My Blog List

Sunday, January 31, 2010

Bersama Cubit-Cubit Garam : RF Ketam Masak Kari Kering 1



Bahan-bahan:

Ketam 5 ekor (belah dua, direndam dalam air asam jawa, kemudian digoreng terlebih dahulu)
Bawang besar 1 biji (dihiris)
Bawang merah 3 ulas (ditumbuk)
Bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
Serbuk kari udang 2 sudu besar (larutkan dalam air)
Cili boh 1 sudu besar (optional)
Daun kari 10 tangkai
Serai 2 tangkai (dititik)
Garam Sesuka hati
Minyak masak Sesuka hati

Cara memasak: Terpulang kepada kaedah masing-masing

Selamat mencuba! Dari Roy Fadzill

Thursday, January 28, 2010

Bersama Cubit-Cubit Garam : RF Daging Masak Lada Hitam


Bahan-bahan:

Daging lembu 100g (hiris)
Lobak merah Sepertiga genggam (dihiris)
Bawang besar Setengah biji (dihiris)
Bawang merah 1 ulas (ditumbuk)
Bawang putih 1 ulas (ditumbuk)
Spring onion 1 pucuk
Biji lada hitam Sesuka hati (ditumbuk)
Sos lada hitam 1 sudu besar
Cili boh 1 sudu besar
Garam Sesuka hati
Minyak masak 4 sudu besar

Cara memasak: Terpulang kepada kaedah masing-masing

Selamat mencuba! Dari Roy Fadzill

Bersama Cubit-Cubit Garam : RF Daging Masak Merah


Bahan-bahan:

Daging lembu 100g (hiris)
Lobak merah Sepertiga genggam (dihiris)
Bawang besar Setengah biji (dihiris)
Bawang merah 1 ulas (ditumbuk)
Bawang putih 1 ulas (ditumbuk)
Cili merah 1 biji (dihiris)
Spring onion 1 pucuk
Sos cili 1 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar
Garam Sesuka hati
Minyak masak 5 sudu besar

Cara memasak: Terpulang kepada kaedah masing-masing

Selamat mencuba! Dari Roy Fadzill

Tuesday, January 26, 2010

Bersama Cubit-Cubit Garam : RF Hati Lembu & Tempe Goreng Cili


(Single serving)

Bahan-bahan:

Hati lembu 150g
Tempe Sesuka hati
Bawang besar Setengah biji (dihiris)
Bawang goreng Suku genggam
Bawang merah 1 ulas (ditumbuk)
Bawang putih Seulas (ditumbuk)
Cili merah hidup Setangkai (ditumbuk)
Cili boh Sesuka hati
Pes asam jawa Setengah sudu kecil (dibancuh dengan air)
Garam Sesuka hati
Minyak masak Sesuka hati

Cara memasak: Terpulang kepada kaedah masing-masing

Selamat mencuba! Dari Roy Fadzill

Monday, January 25, 2010

Pencinta Damai Berkarya : Rumah Kita Hampir Siap

Rumah kita hampir siap
Sudah berlantai dan berdinding
Tapi belum beratap sepenuhnya.

Rumah kita hampir siap
Ada calon berkelayakan
Ada bakat yang menyerlah
Ada semangat yang membakar.

Rumah kita hampir siap
Bila ketukan sering berbunyi
Petanda kerja terus berjalan.

Rumah kita hampir siap
Bila bakat warganya dihargai
Dengan hadiah dan publisiti
Dan potensi untuk terus berdiri
Seiring dengan pertambahan kualiti.

Tahniah artis-artis Malaysia
Perjuangan kalian berguna
Memantapkan semangat kekitaan
Semangat seorang Juara, semangat 1Malaysia
Kombinasi terbaik pelbagai budaya
Melangkah sebagai juara!
Dalam Anugerah Juara Lagu semalam.

Tapi...bilakah rumah kita akan siap sepenuhnya?

ROY AZLAN ACHMAD

*Tidak dibenarkan menyalin semula dalam sebarang bentuk kreatif tanpa kebenaran

Sunday, January 24, 2010

Satu Abad Yang Begitu Bermakna



Sudah 10 tahun aku mendirikan rumah tangga. Tidak dinafikan berbagai asam garamnya telah pun kurasai. Suka dan duka, nestapa dan cinta. Banyak pengalaman yang menjadikan aku lebih matang dikala hampir melewati pertambahan umur pada tahun ini, jika diizinkan Tuhan. Iyalah...sejak dari badanku masih kurus, letaklah apa pakaian sekalipun, insyallah akan tetap tampak ok. Sehingga kini badan semakin bulat, kulit leher pun sudah mula berketak-ketak. Kedut kulit pun dah mula kenampakan. Age is catching up.

Namun, jiwa aku tetap muda. Aku mengharapkan sekurang-kurangnya itulah salah satu modal utama yang aku ada untuk terus menyegarkan persahabatan dan pertalian antara kami - suami dan isteri; selain daripada kualiti kepimpinanku ke atas keluarga ini. Setakat ini aku bersyukur dibekalkan dengan seorang puteri yang sering menghiburkan setiap kali aku pulang dari kerja. Aku bersyukur kerana aku masih hidup untuk terus menghirup udara kenikmatan yang Tuhan berikan ini. Insyallah, masih ada masa untuk aku terus berbakti kepada diriku, keluargaku dan masyarakat disekelilingku. Dan masih ada masa untukku terus memasak - dari air tangan seorang suami dan bapa bagi merasai kenikmatan hidup berkeluarga.

Wallahualam.

Bersama Cubit-Cubit Garam : RF Sambal Tumis Sardin


(3 servings)

Bahan-bahan:

Ikan sardin Setin (gunakan jenama Ayam Brand sahaja)
Bawang besar Setengah biji (dihiris)
Bawang merah 2 ulas (ditumbuk)
Bawang putih Seulas (ditumbuk)
Cili kering Sesudu besar (dikisar)
Pes asam jawa Setengah sudu kecil (dilarutkan dalam air)
Garam Sesuka hati
Minyak masak 3 sudu besar

Cara memasak: Terpulang kepada kaedah masing-masing

Selamat mencuba! Dari Roy Fadzill

Bersama Cubit-Cubit Garam : RF Ikan Bilis Goreng Cili Padi


(Single serving)

Bahan-bahan:

Ikan bilis 50g (digoreng)
Bawang besar Setengah biji (dihiris)
Bawang merah 2 ulas (ditumbuk)
Bawang putih Seulas (ditumbuk)
Cili padi Sesudu besar (telah ditumbuk)
Serbuk kunyit Sedikit sahaja (bertindak sebagai pewarna)
Garam Sesuka hati
Minyak masak 5 sudu besar

Cara memasak: Terpulang kepada kaedah masing-masing

Selamat mencuba! Dari Roy Fadzill

Bersama Cubit-Cubit Garam : RF Ayam Masak Merah


(Single serving)

Bahan-bahan:

Daging ayam 100g (potong kiub)
Lobak merah Sepertiga genggam (dihiris)
Brokoli Seperenam genggam
Cauliflower Sepertiga genggam
Bawang besar Potong kiub
Bawang merah 2 ulas (ditumbuk)
Bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
Cili merah 1 biji
Spring onion 1 pucuk
Sos cili 1 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar
Garam Sesuka hati
Minyak masak 5 sudu besar

Cara memasak: Terpulang kepada kaedah masing-masing

Selamat mencuba! Dari Roy Fadzill

Bersama Cubit-Cubit Garam : RF Nasi Goreng Kari Aswad


Bahan-bahan:

Nasi putih 1.5x Genggam (beli di kedai mamak)
Daging ayam/lembu/udang 100g (potong kiub)
Daun kari Setangkai
Lobak merah Sepertiga genggam (dihiris)
Cauliflower Sepertiga genggam
Bawang besar Potong kiub
Bawang merah 2 ulas (ditumbuk)
Bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
Cili merah 1 biji
Kicap masin 1 sudu besar
Kicap karamel 1 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar
Stok ikan bilis Suku kiub
Serbuk lada sulah Sesuka hati
Garam Sesuka hati
Minyak masak 5 sudu besar

Cara memasak:

Terpulang kepada kaedah masing-masing

Selamat mencuba! Dari Roy Fadzill