Search This Blog

My Blog List

Sunday, March 28, 2010

Pencinta Damai Berkarya : Best Betul Bercinta


Bila cinta itu sudah tersurat
Lazimnya akan bersemi dan berkembang
Seindah bunga mawar yang sedang mekar setiap hari
Dan harum mewangi
Namun kadang-kadang ada cabarannya yang tersirat
Untuk mencapainya.

Hati yang ikhlas bercinta
Mampu melihat pelbagai perkara
Setiap perasaan diselami suci
Setiap pergerakan bagai dapat ditafsir
Walaupun dikias berbagai cara
Setiap bicara disulami gurindam seloka
Dan setiap nafas diiringi hembusan asmara
Maka terbit nikmat cinta itu.

Pelayaran cinta ini
Biarkanlah ia terus belayar beberapa ketika
Janganlah terlalu cepat sampai ke pelabuhan.


ROY AZLAN ACHMAD

*Tidak dibenarkan menyalin semula dalam sebarang bentuk kreatif tanpa kebenaran Ahmad Fadzil Alias.

No comments:

Post a Comment